JIKA anda seorang guru, seorang ibu, seorang kakak.... anda akan mengerti isi hati ku...
![]() |
| LAWATAN KE TAMAN PERMAINAN |
kadang kala hati tersentuh.. air mata bagai ingin mengalir... mengenangkan mereka.. apa akan berlaku dalam hidup mereka yang masih panjang... disisi ku mereka ketawa, bermain bersama... sinar ceria sentiasa terbit dari mata mereka...
hati memahami, suatu hari nanti mereka akan melupakan ku... kerana aku cuma kenangan dimasa kecil mereka... ibarat mimpi yang pudar pabila mentari pagi semakin memancar... umpama embun yang hilang tanpa kesan di daun nan hijau...
namun diri ini sentiasa mendoakan agar kamu, anak - anak kesayangan ku... sentiasa dilimpahi dengan kegembiraan dan kerahmatan ALLAH...
![]() |
| COMELNYA |
kerana diri ini akan sentiasa menyokong dan mendoakan kamu dengan seiklas hati... selagi hayat ku ada...
KERANA KAMU ANAK- ANAK YANG ISTIMEWA BUATKU...
![]() |
| TENGOK APE TU |
NAMUN KU PUNYA HATI
Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...






No comments:
Post a Comment